abdulhafizuddin
TUTORIALLINK 1LINK 2LINK 3LINK 4LINK 5BACK
2021
Tuesday, January 19, 2021 , 0 Comment
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Bertarikh 19/01/2021, aku telah kembali ke pangkal media sosial aku yang aku cintai sejak dahulu. Laman sesawang blogger adalah satu laman sesawang yang terletak cantik dalam hati aku. Punca aku suka menulis karangan adalah disebabkan oleh blogging. Walaupun bahasa, penanda wacana, kata erti dan lain lain agak ke laut, akan tetapi aku masih lagi suka menulis.

Hari ini, duniaku agak suram dek kerana sehari suntuk matahari menyorok di belakang awan yang terbang tinggi. Dek kerana kesuraman yang telah memikul aku hari ini, aku kurang melakukan aktiviti yang selalu aku lakukan. 

Aku rindu. Aku rindu akan masa ketika aku dibuai mimpi yang indah. Aku rindu akan ketika aku tidak perlu membimbangkan hal tentang kewangan, kerja dan dunia dewasa ini. Walaupun umur ku hampir mencecah 21 tahun 2021 ini, aku tetap merasakan diri ini seperti 17 tahun.

Setelah 5 tahun meninggalkan dunia blogger, aku terpaksa mengaku yang aku merindukan zaman-zaman blogging dimana kita tak ada banyak drama/gossip mengenai dunia sekarang ni. Dunia dahulu dan sekarang amatlah berbeza dari pelbagai sudut.

Ketika zaman dahulu, kita tidak terlalu fokus akan media sosial seperti Instagram, Twitter dan TikTok. Kita hanya fokus kepada satu media sosial sahaja, iaitu Facebook. Tetapi malangnya Facebook telah dikatakan tempat untuk orang-orang tua sahaja. Aku juga berpendapat begitu, tetapi hakikatnya tidak. Masih ramai anak muda yang menggunakan Facebook, tetapi tidaklah untuk update status semata-mata.

Anak muda yang menggunakan Facebook kebanyakkan akan melakukan streaming game. Zaman sekarang anak muda kehausan wang dek kerana ekonomi yang melanda negara kita. Hampir semua media sosial zaman ini, dapat memberikan income kepada kita semua. Bukan sahaja dari media sosial itu sendiri, malah dari usahawan-usahawan yang ingin mempamerkan produk mereka ke mata dunia.

Oh ya, zaman 2020-2021 adalah dimana aku dan seluruh dunia menjalani pandemik. Seluruh dunia melakukan hal demikian kerana Covid-19 / Coronavirus 19. Ia adalah virus terbaru yang terjadi di negara China di bandar Wuhan. Bermula Mac 2020 sehingga Julai (kalau tak silap) , kami hanya duduk di rumah untuk mengelakkan dari jangkitan virus itu.

Oh ya, selepas tamat persekolahan, aku hanya bekerja sementara di sebuah bakeri. Kemudian aku membuat keputusan untuk mendaftarkan diri ke Universiti Selangor di Shah Alam untuk meneruskan pembelajaran aku. Betullah apa orang kata, apa yang kita tak nak, itu yang akan kita dapat. Kenapa aku cakap macam ni? Ketika aku sekolah dulu aku selalu berkata "Ah tak nak lah aku amik bisnes, menyusahkan otak nak kira-kira". 

Kemudian di U, aku apply Business Management. Aku mengambil jurusan tersebut kerana Mak kesayangan yang ingin aku mengambil jurusan tersebut. Walaupun aku ni tak minat kira-kira kerana aku bodoh. Aku tetap meneruskan perjalanan ini sebab aku percaya restu seorang Mak tu penting dalam apa jua yang kita buat. 

Alhamdulilah, aku telah menamatkan pembelajaran aku pada Disember 2020 selepas mengikuti Latihan Industri.

Buat masa ni, itu sahaja yang aku ingin curahkan di sini. Semoga terus sukses dan sentiasa positif walau apa jua yang berlaku, Insya-Allah. Assalamualaikum.

Disclaimer

Here , your short bio maybe . or blog rules or any greeting . up to you. please make sure you didn't remove the credit section. thank you



Them





Help Me ?



OLDEST ยป
Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.